The Red Giants

EN
MY
SELANGOR FC
BERITA

Reviu Perlawanan LS7 | Imigresen FC 1-3 Selangor FC | Liga Super Malaysia 2025/26

Oct 06, 2025 - FAS

Selangor FC berjaya membawa pulang tiga mata penuh selepas mencatat kemenangan 3-1 ke atas Imigresen FC di Stadium Negeri  Pulau Pinang, Batu Kawan semalam.

Perlawanan #IMISFC bermula dengan tanpa jaringan di separuh masa pertama. Lima minit selepas separuh masa kedua bermula, gerakan dari sebelah kiri, Faisal Halim berjaya membuat ‘cutback’ dari hujung garisan pada minit ke-55 dan disempurnakan oleh Alvin Fortes, membuka tirai jaringan untuk Gergasi Merah. Imigresen FC kemudian menyamakan kedudukan pada minit ke-66 melalui Eduardo Sosa, namun pasukan segera bangkit apabila Omid Musawi melakukan hantaran ke tengah menemui Chrigor Moraes yang menyudahkannya dengan tenang, meletakkan pasukan di hadapan semula. Kemenangan terus menyerlah selepas Zikri Khalili melakukan hantaran tepat kepada Faisal Halim pada minit ke-70, kapten pasukan menggunakan peluang tersebut dengan tenang untuk memastikan tiga mata penuh milik skuad Gergasi Merah.

Menurut Christophe Gamel, Ketua Jurulatih Interim Selangor FC, puji semangat juang para pemain dan menyatakan mereka telah mempamerkan tindak balas yang baik dalam perlawanan ini.

“Pemain beraksi dengan baik berbanding perlawanan sebelum ini. Banyak perkara positif yang kita boleh nampak tetapi masih banyak yang perlu diperbaiki. Dengan masa yang ada, saya akan berusaha untuk memperbetulkan kelemahan yang ada dan mengharapkan kestabilan, terutamanya di bahagian pertahanan melalui latihan. Dalam perlawanan #IMISFC, gol mereka kita boleh elakkan tapi kita perlu akur dan gol mereka jaringkan juga merupakan satu jaringan yang cantik. Kita akan terus bekerja keras untuk memperbaiki bahagian tersebut,” kata Gamel.

“Saya turut melakukan beberapa perubahan taktikal dalam separuh masa kedua, dan jelas sekali membantu dari segi pertahanan, transisi serta corak serangan pasukan. Barisan penyerang telah memberi tindak balas yang baik dan buktinya gol-gol pasukan telah dijaringkan oleh tiga penjaring yang berbeza. Paling penting adalah reaksi para pemain menunjukkan semangat juang mereka yang tinggi dan benar-benar mahukan kemenangan ini walaupun berdepan sedikit tekanan dengan kekalahan sebelum ini,” puji beliau kepada para pemain Gergasi Merah.

Seterusnya, Liga Malaysia akan berehat seketika bagi memberi ruang kepada kalendar FIFA dari 6 hingga 14 Oktober. Kalendar Oktober Selangor FC . Panggilan Negara .

Pihak pengurusan Selangor FC amat berterima kasih kepada para penyokong yang telah bersama-sama bertandang ke Stadium Negeri Pulau Pinang untuk memberi sokongan anda kepada pasukan dan menjadi saksi kemenangan perlawanan #IMISFC semalam.


Kesebelasan Utama:- Sikh Izhan (GK), Quentin Cheng, Harith Haiqal, Mohammad Abualnadi, Kevin Deeromram, Nooa Laine, Noor Al Rawabdeh, Zach Clough, Alvin Fortes, Faisal Halim (C), Chrigor Moraes.

Pertukaran: 63’ Zikri Khalili > Zach Clough, 63’ Omid Musawi > Alvin Fortes, 82’ Fazly Mazlan > Kevin Deeromram, 87’ Harry Danish > Faisal Halim.

Demi Kebanggaan!